Lain-Lain Bahasa Soalan Lazim Borang Kepuasan Pelanggan

Pembayaran Fi Berkaitan Permohonan Pendaftaran Juruanalisis Makanan dan Perakuan Amalan Tahunan Mulai 1 Januari 2018 

Untuk makluman, mulai 1 Januari 2018 semua urusan kewangan akan dilaksanakan melalui sistem ePerolehan baharu dan sistem bayaran 1GFMAS. Oleh itu, semua bayaran fi melalui Bank Draf, Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos TIDAK BOLEH dipecahkan kepada amaun kecil. Contohnya Bayaran Fi bagi permohonan Perakuan Amalan Tahunan sebanyak RM100.00 tidak boleh dipecah kecil kepada RM50.00 setiap satu buat sementara sehingga perkara ini diselesaikan di pihak Bahagian Kewangan, IPKKM. Semua bayaran fi juga hendaklah disertakan dengan nota iringan yang mengandungi maklumat NAMA dan NOMBOR KAD PENGENALAN pemohon serta NOMBOR PENDAFTARAN SYARIKAT.

Modified: February 9, 2018 at 3:57 am

Tags: