Lain-Lain Bahasa Soalan Lazim Borang Kepuasan Pelanggan

MAKLUMAN PEWARTAAN PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN)(NO.3) 2017 

Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan)(No.3) 2017 P.U (A) 200 telah diwartakan pada 20 Julai 2017. Warta ini akan mula berkuat kuasa pada 15 Jun 2018.

Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan)(No.3) 2017 merupakan pindaan terhadap standard tepung dan pelbagai jenis tepung gandum seperti tepung gandum diluntur berklorin, tepung gandum gluten, tepung gandum ditambah protein, tepung gandum naik sendiri dan tepung gandum penuh. Selain itu, penambahan dua (2) peraturan baru iaitu tepung atta dan tepung roti.

Salinan warta peraturan tersebut boleh dimuat turun di portal rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan http://fsq.moh.gov.my/v5/ms/pindaan-undang-undang

Modified: July 25, 2017 at 1:45 am

Tags: