Lain-Lain Bahasa Soalan Lazim Borang Kepuasan Pelanggan

MAKLUMAN PEWARTAAN PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO.4) 2017 DAN PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2017 

Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) (No.4) 2017 P.U (A) 256 dan Peraturan-Peraturan Makanan (Pengkompaunan Kesalahan) 2017 P.U (A) 257 telah diwartakan pada 8 September 2017. Kedua-dua warta ini akan mula berkuat kuasa pada 1 Disember 2017.

Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) (No.4) 2017 merupakan pindaan terhadap:

(i) Peraturan 4, Peraturan 5, Jadual Ketiga dan Jadual Keempat- membenarkan sampel yang diambil bagi analisis fizikal, kimia dan mikrobiologi dihantar melalui perkhidmatan kurier kepada juruanalisis; dan

(ii) Peraturan 397- menaikkan jumlah penalti daripada lima ribu ringgit kepada sepuluh ribu ringgit.

Peraturan-Peraturan Makanan (Pengkompounan Kesalahan) 2017 pula merupakan peraturan baru untuk mengenakan tindakan kompaun bagi kesalahan-kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Salinan warta peraturan tersebut boleh dimuat turun di portal rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan http://fsq.moh.gov.my/v5/ms/pindaan-undang-undang dan http://fsq.moh.gov.my/v5/wp-content/uploads/2014/05/P.U.-A-257_Pengkompounan-Kesalahan.pdf

 

Modified: September 19, 2017 at 8:04 am

Tags: