Lain-Lain Bahasa Soalan Lazim Borang Kepuasan Pelanggan

Kursus Juruaudit Di Bawah Skim Akreditasi Badan Pensijilan (ACB), Standard Malaysia 

Skim Akreditasi Badan Pensijilan (ACB Scheme) – Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP)/ Good Manufacturing Practice (GMP) di bawah Jabatan Standard Malaysia memperuntukkan bahawa badan pensijilan perlu memastikan juruaudit telah menghadiri latihan keselamatan makanan yang diberikan oleh tenaga pengajar yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (Klausa 3.2.3, Scheme for the Accreditation of Certification Bodies, Department of Standards Malaysia, 2013).

Sehubungan itu, Food Safety Training for Auditor Under ACB-HACCP/ GMP Scheme diperkenalkan bagi memenuhi keperluan skim ACB tersebut. Skim latihan keselamatan ini merangkumi dua (2) komponen iaitu kursus dan peperiksaan. Sijil latihan keselamatan makanan hanya akan diberikan kepada peserta yang telah lulus peperiksaan.

 


Garis Panduan Skim Akreditasi Badan Pensijilan (ACB Scheme)

Modified: July 2, 2018 at 4:50 pm