Lain-Lain Bahasa Soalan Lazim Borang Kepuasan Pelanggan

Isu Skippy® Reduced Fat Creamy Peanut Butter Spread Dipanggil Balik Kerana Dipercayai Tercemar Dengan Serpihan Logam 

Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan dari laman sesawang U.S. Food and Drug Administation (USFDA) di www.fda.gov.my mengenai notifikasi pemanggilan balik secara sukarela dan terhad oleh Syarikat Hormel Foods Sales LLC, Amerika Syarikat (US) terhadap sejumlah batch produk mentega kacang SKIPPY® Reduced Fat Creamy Peanut Butter Spread yang diedarkan di kawasan Georgia, Virginia, Alabama, North Carolina, South Carolina, Delaware dan Arkansas, US berikutan dikhuatiri tercemar dengan serpihan logam halus. Batch yang terlibat adalah pembungkusan 16.3 ounce jars, ”Best If Used By” iaitu DEC1416LR1 dengan UPC code 37600-10500.

Syarikat DKSH yang mengimport dan mengedarkan produk SKIPPY® Peanut Butter di Malaysia juga mengesahkan bahawa produk terbabit yang dipanggil balik di Amerika Syarikat hanya diedarkan ke tujuh (7) negeri di Amerika Syarikat seperti yang dinyatakan di atas dan produk terbabit tidak diedarkan ke negara lain termasuk Malaysia.

Walau bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan tidak membenarkan pengimportan batch produk yang terbabit

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
4 NOVEMBER 2015 .



Modified: November 18, 2015 at 11:55 am

Tags: