Lain-Lain Bahasa Soalan Lazim Borang Kepuasan Pelanggan

Garis Panduan Pengiktirafan “Bersih, Selamat Dan Sihat” (BeSS) Bagi Pengusaha Premis Makanan 

PENGENALAN:

Pengiktirafan “Bersih, Selamat dan Sihat” atau BeSS adalah satu pengiktirafan yang diberikan kepada pengusaha premis makanan bagi menggalakkan pengusaha premis makanan menyediakan makanan yang selamat dan sihat kepada pelanggan.

Ianya adalah satu program penambahbaikan terhadap program pemantauan sedia ada yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Secara umumnya, terdapat empat (4) kriteria utama yang perlu dipatuhi oleh pengusaha premis makanan sebelum mendapat pengiktirafan iaitu:

  • Pengusaha premis makanan yang mengekalkan premis yang bersih;
  • Pengusaha premis makanan yang menyediakan makanan yang selamat;
  • Pengusaha premis makanan yang menyediakan makanan yang sihat;dan
  • Pengusaha premis makanan yang menyediakan makanan dalam saiz hidangan yang betul mengikut keperluan individu.

Pengiktirafan ini melibatkan 2 komponen iaitu keselamatan dan kualiti makanan serta komponen pemakanan. Bagi mendapatkan pengiktirafan ini, pengusaha premis  makanan haruslah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi kedua-dua komponen ini. Pengusaha premis makanan masih boleh menjual makanan mengikut resipi asal seperti sedia ada, sekiranya makanan yang dijual telah memenuhi kriteria yang ditetapkan.


OBJEKTIF:

Garis panduan ini disediakan bagi membantu pengusaha premis makanan memenuhi empat (4) kriteria utama seperti yang dinyatakan di atas dan seterusnya membolehkan mendapat pengiktirafan BeSS.


Muat turun: Garis Panduan Pengiktirafan ‘Bersih, Selamat dan Sihat’ (BeSS) Bagi Premis Outlet Makanan, Edisi 2016 (pdf)

Muat turun: Borang Permohonan BeSS, Edisi 2016 (pdf)

Muat turun: Senarai Premis Yang Mendapat Pengiktirafan BeSS (pdf)

Modified: July 13, 2017 at 6:57 am