Lain-Lain Bahasa Soalan Lazim Borang Kepuasan Pelanggan

FAQ: Keracunan Makanan Oleh Bakteria Staphylococcal 

1. Apakah agen penyebab?

  1. Staphylococcus aureus. Bakteria ini mengeluarkan sejenis toksin yang tahan suhu panas.

2. Dimana punca keracunan makanan ini?

Manusia. Biasanya ditemui di :

  • Hidung dan cairan dari hidung (hingus)
  • Telinga
  • Kulit
  • Rambut
  • Luka yang dijangkiti bakteria staphylococci

3. Apakah makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini?

  • Makanan yang disediakan secara tidak bersih
  • Daging dan hasil daging
  • Daging unggas seperti ayam dan itik
  • Sambal udang
  • Nasi lemak
  • Bihun goreng
  • Susu dan hasil tenusu
  • Pulut kuning

4. Bagaimanakah cara ia merebak?

  • Pengendalian makanan yang tidak bersih
  • Makanan yang ditinggalkan terlalu lama pada suhu bilik

5. Apakah tanda-tanda keracunan makanan ini?

  • Sakit perut yang memulas
  • Muntah-muntah yang teruk
  • Pitam
  • Loya

6. Berapa lama tempoh jangkitan?

Antara satu ke lapan jam (biasanya 2 – 4 jam)

7. Apakah langkah-langkah pencegahan yang perlu dilakukan?

Orang yang mengalami keracunan makanan atau gejala dan tanda keracunan makanan (cirit-birit) atau luka yang dijangkiti kuman tidak sepatutnya mengendalikan makanan.

Amalkan cara pengendalian makanan yang bersih.

Modified: March 30, 2013 at 9:31 am