awamswastawarga

You are here:Utama>Profile kami>Soalan Lazim>Soalan Lazim Umum>FAQ: Keracunan Makanan Oleh Bakteria Salmonella
Register
Friday, 29 March 2013 12:15

FAQ: Keracunan Makanan Oleh Bakteria Salmonella

Rate this item
(0 votes)

1. Apakah agen penyebab?

Bakteria dari kumpulan Salmonella yang berpunca dari:

  • Usus manusia dan haiwan (terutamanya usus ayam)
  • Haiwan perosak (tikus, lipas dan lalat)
  • Haiwan liar

2. Apakah makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini?

  • Daging unggas dan yang berasaskan unggas
  • Telur dan hasil telur
  • Susu dan hasil tenusu
  • Hasil tenusu (keju, krim, kastard)

3. Bagaimanakah cara ia merebak?

  • Makanan tercemar samada semasa penyimpanan atau semasa penyediaan.
  • Pengendali makanan yang dicemari oleh haiwan (tangan ke mulut)

4. Apakah tanda-tanda keracunan makanan ini?

  • Demam
  • Cirit birit
  • Sakit perut
  • Muntah-muntah
  • Loya
  • Sakit kepala

5. Berapa lama tempoh jangkitan?

Antara 6 jam ke 72 jam (kebiasaannya 12 - 36 jam)

6. Bagaimana cara-cara pencegahan keracunan makanan ini?

  • Masak daging, unggas dan telur dengan sempurna
  • Elakkan memakan daging atau stik yang mentah atau separuh masak
  • Gunakan peralatan yang berbeza (pisau, papan pemotong) untuk daging mentah dan yang telah dimasak
  • Simpan makanan mentah dan yang telah dimasak dalam bekas yang berbeza
Read 5398 times Last modified on Saturday, 30 March 2013 17:30

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Carian

Berita Global

Artikel Popular

Undian

WORLD HEALTH DAY 2015 | Quiz 1: Foodborne diseases can cause death

True - 97.4%
False - 2.6%

Jumlah Undi: 116
Tempoh undian telah tamat pada: 27 Apr 2015 - 08:58

Statistik Web

Hari ini199
Semalam972
Minggu ini199
Bulan ini6189
Jumlah Keseluruhan837580

Pengguna dalam talian
Pelawat : 182 pelawat online Ahli : 0 ahli online

Pautan Kerajaan

HUBUNGI KAMI

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 3, 

Blok E7, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 WP Putrajaya, Malaysia.
Tel: +603-8883 3558
Faks: +603-8889 3815 / 3341
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Apa itu makanan yang selamat?

    Makanan yang selamat ialah makanan yang bebas dari pencemaran. Penyediaan makanan yang selamat adalah penting untuk mencegah keracunan makanan.

    Mengapa memilih makanan yang selamat?

    Memilih makanan yang selamat penting untuk mengelakkan keracunan makanan.

    Bagaimana untuk memilih makanan yang selamat?
    • Pilih bahan mentah yang SEGAR
    • Pilih makanan yang SELAMAT
    • Pilih makanan yang telah DIMASAK dengan SEMPURNA
    • Pilih TEMPAT makan yang BERSIH
    Kepada siapa aduan mengenai premis makanan yang kotor hendak diajukan?
    • Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau
    • Jabatan Kesihatan Negeri yang terdekat atau
    • Ibu pejabat Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) melalui:
    Apa fakta perkara penting yang patut saya tahu?

    Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih. Basuh tangan dengan betul dan sempurna dengan air dan sabun

    Baca Selanjutnya..