rss

Undian

Sebagai Pengguna, Apakah Perkara Yang Paling Anda Harapkan Dari BKKM?
 

   scan / imbas

Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK)

Ditulis Oleh  Zamanhuri Umordin Tuesday, 28 June 2011 12:24

MKMPK adalah badan penasihat tertinggi negara dalam menangani semua perkara berhubung dengan keselamatan makanan dan pemakanan. Ia juga bertindak untuk memperkukuhkan usaha semua agensi yang terlibat dalam keselamatan makanan dan pemakanan supaya ia boleh meningkatkan national coherence dengan mengambil kira keperluan kepada pendekatan bersepadu, mengurangkan pertindihan tugas yang mengoptimumkan sumber kepakaran yang ada dari kedua-dua sektor awam dan swasta.


PENUBUHAN MKMPK


MPMPK telah diluluskan penubuhannya oleh Jemaah Menteri pada 21 Mac 2001. Manakala Majlis Majlis Pemakanan Kebangsaan merupakan sebahagian daripada Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000).


TUJUAN


Memastikan kesihatan semua rakyat terjamin dengan memperkukuhkan keselamatan makanan di semua peringkat rantaian makanan di negara ini dan memastikan rakyat negara ini mencapai taraf pemakanan yang optimum.


FUNGSI


Diantara fungsi MKMPK adalah seperti berikut:

  • Menjadi badan penasihat tertinggi kepada Kerajaan dalam segala hal berkaitan keselamatan makanan dan pemakanan; merangka pelan tindakan strategik terhadap aktiviti jangka panjang; mengenalpasti isu utama yang wujud dan membentuk rangkaian jawatankuasa teknikal yang baru untuk menyelaras urusan berkaitan termasuk bagi tujuan pembanunan dan pelaburan.

  • Membentuk dan memepertingkatkan kerjasama dan penyelarasan bagi menghadapi cabaran-cabaran baru dalam keselamatan makanan dan pemakanan tempatan, serantau dan antarabangsa.

  • Membentuk sistem kawalan keselamatan makanan dan pemakanan yang mantap berlandaskan fakta saintifik dengan menggunakan pengawasan, penguatkuasaan, pemeriksaan, penyelidikan dan pembangunan secara bersepadu. Di samping itu fakta makanan yang berkaitan dengan budaya dan agama juga akan diberi perhatian.

  • Membentuk persetujuan kerajaan berhubung dengandasar keselamatan makanan dan pemakanan di setiap peringkat pengeluaran makanan yang melibatkan pelbagai agensi pusat, negeri, pihak berkuasa tempatan, pengguna dan sekstor tertentu termasuk swasta.


PERANAN


  • Memastikan bekalan makanan negara adalah selamat dan bermutu.

  • Memastikan kepentingan public health advocacy kerajaan dalam bidang keselamatan makanan dan polisi.

  • Meletakkan Malaysia sebagai negara yang memainkan peranan utama dalam bidang keselamatan makanan di peringkat serantau dan antarabangsa.


KEANGGOTAAN


Pengerusi: YB Menteri Kesihatan

Ketua Sekretariat: Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan

Ahli: Dianggotai oleh 49 ahli seperti di bawah.

  • 17 Ketua Setiausaha dan 25 orang Ketua Pengarah pelbagai Kementerian / Agensi

  • Peguam Negara

  • Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia

  • Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

  • Presiden Institut Teknologi Makanan Malaysia (MIFT)

  • Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM)

  • Presiden Persatuan Kesihatan Persekitaran (MAEH)

  • Presiden Institut Kimia Malaysia


PENCAPAIAN MKMPK

Keputusan penting yang telah dibuat termasuk:
  • Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan

  • Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia

  • Pelan Tindakan Keselamatan Makanan Kebangsaan

  • Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia II (2006-2015)

  • Pelan Tindakan Kebangsaan bagi Analisis Makanan

  • Penubuhan Akademi Latihan Kebersihan dan Keselamatan Makanan (ALKEM) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).



Sebarang pertanyaan, sila email kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Last modified on Tuesday, 28 June 2011 22:59
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E7, Parcel E,  
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 WP Putrajaya,
Malaysia.

Tel: +603-8883 3558
Faks: +603-8889 3815 / 3341 
E-mel : fsq-division@moh.gov.my
Hak Cipta © 2011 Kementerian Kesihatan Malaysia | Copyright © 2011 Ministry of Health Malaysia
Paparan terbaik menggunakan GOOGLE CHROME 13.0 & FIREFOX 3.5 dengan resolusi 1024 x 768
Best viewed using GOOGLE CHROME 13.0 & FIREFOX 3.5 with the resolution of 1024 x 768