Objektif
BKKM ditubuhkan bagi memantapkan aktiviti merancang, melaksana, memantau dan menilai Program Keselamatan dan Kualiti Makanan bagi melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyimpanan, penyediaan, pemprosesan pembungkusan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan makanan; serta memudahkan perdagangan makanan.
Fungsi
Bahagian ini dipertanggungjawabkan untuk merancang, melaksana, memantau dan menilai Program Keselamatan dan Kualiti Makanan yang dilaksanakan di peringkat kebangsaan, peringkat negeri, daerah, pintu masuk dan pihak berkuasa tempatan.
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah bertujuan untuk melindungi orang ramai daripada bahaya-bahaya kesihatan daripada makanan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan.
-
memastikan penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan adalah bersih dan selamat serta mematuhi Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009;
-
memastikan supaya semua bahan makanan yang dijual adalah:
-
bebas daripada pencemaran dan penambahan aditif makanan yang tidak diperlukan dan bertujuan penipuan;
-
mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan; dan
-
dilabel dan diiklan dengan mencukupi serta memberi gambaran sebenar mengenai kandungan makanan tersebut.
-
-
memastikan semua bahan makanan yang diimport ke negara ini adalah
-
selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985;
-
memastikan makanan yang dieksport oleh negara ini mematuhi perundangan-perundangan yang dikehendaki oleh negara pengimport dan mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi Eksport Ikan dan Keluaran Ikan ke Kesatuan Eropah) 2009 bagi eksport ikan dan keluaran ikan ke pasaran EU; dan
-
memastikan orang ramai menerima maklumat yang tepat mengenai aspek keselamatan makanan dan kebersihan makanan.
Tanggungjawab ini dijalankan berdasarkan polisi kerajaan, arahan daripada pihak kementerian, Akta Makanan 1983, Peraturan-Peratuaran Makanan 1985, Peraturan- Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Peraturan-Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan Bagi Eksport Ikan dan Keluaran Ikan Ke Kesatuan Eropah) 2009, Peraturan-Peraturan Iradiasi Makanan 2011 atau mengikut keperluan masyarakat.
