PENGENALAN
Garis panduan ini bertujuan memberi panduan kepada pemohon untuk menyediakan satu manual yang lengkap bagi menerangkan maklumat berkaitan punca, pemprosesan dan tahap kebersihan premis kilang air minuman berbungkus atau air mineral semulajadi. Manual ini mempunyai elemen-elemen di mana pemohon dikehendaki melengkapkan semua dokumen sokongan yang telah disenaraikan.
Penambahbaikan atau penambahan maklumat mungkin akan berlaku semasa pemohon mendapatkan perakuan sokongan dari agensi-agensi berkaitan. Maklumat-maklumat tambahan hendaklah dimasukkan di dalam manual ini semasa permohonan dihantar ke Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.
Pemohon adalah diingatkan manual ini akan menjadi rujukan kepada setiap kelulusan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan. Sebarang perubahan atau pindaan pada punca air, sistem rawatan dan pembungkusan boleh menyebabkan pembatalan kepada lesen yang dikeluarkan.
Format penyediaan dokumen adalah sebagaimana di Lampiran A.
