31 Julai 2012: Lawatan Tour Study daripada 5 orang wakil Korea Livestock Products HACCP Accreditation Service (KOLPHAS) telah berlangsung pada 9 Julai 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat Citrus BKKM Presint 3.
Lawatan tersebut diadakan bagi perkongsian dan bertukar ilmu serta pengalaman berkaitan amalan HACCP berkaitan industri makanan dan penternakan di negara masing-masing.
Program lawatan ini dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan briefing berkenaan BKKM, diikuti oleh penerangan berkaitan pelaksanaan HACCP (En. Amran Hassan) GMP oleh En. Shanmugam serta Pensijilan Halal oleh En. Fakarudin dari JAKIM. Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan tamat pada jam 2.00 petang.
[Berita oleh: Saadah Mastura]
