20 Julai 2012: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM dengan kerjasama Malaysian Institute of Food Technology (MIFT) dan University of Maryland, USA telah berjaya menganjurkan persidangan antarabangsa keselamatan makanan pada 16 hingga 18 Julai 2012 yang lalu bertempat di Hotel Crwone Plaza Mutiara, Kuala Lumpur.
Persidangan yang dirasmikan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia ini dianjurkan dengan tema "Building Global Trust & Confidence". Sepanjang 3 hari persidangan sebanyak 19 pembentangan telah berjaya disampaikan oleh para penceramah dari dalam dan luar negara.
Persidangan ini telah diakhir dengan ucapan penutup oleh Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.


Liputan persidangan ini juga telah dibuat menerusi twitter dan facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.
