10 Mei 2012: Audit dalaman amalan 5S di Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah dijalankan pada 9 Mei 2012. Audit dalaman ini adalah susualan dari audit dalaman pertama yang telah diadakan pada April 2012.
BKKM dan seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melaksanakan amalan 5S. KKM menetapkan sasaran untuk mendapat pensijilan 5S pada Jun 2012. Pihak MAMPU dijangka akan menjalankan audit pensijilan 5S di KKM pada 17 Mei 2012.
Semoga KKM berjaya mendapat pensijilan 5S.
Nota: Warga BKKM boleh melihat gambar-gambar amalan 5S di paparan khas untuk Warga BKKM.
