Lain-Lain Bahasa Soalan Lazim Borang Kepuasan Pelanggan

Seranta Awam Bil. 1/2017 Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 

YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato’/Datin/tuan dan puan,

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk membuat pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Di Malaysia, kawalan ke atas keselamatan dan kualiti makanan terletak di bawah bidang kuasa KKM. Di bawah Akta Makanan 1983, KKM khususnya Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab untuk melindungi orang ramai daripada bahayanya daripada segi kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.

Cadangan draf pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah berkaitan akuan fungsi Slowly Digestible Starch (SDS) sebagai nutrien yang dibenarkan untuk ditambah ke dalam makanan dan untuk mewajibkan tepung gandum yang dibungkus dalam 25 kg atau kurang difortifikasikan dengan zat besi dan asid folik.

Selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan pindaan ini dibuat secara telus dan mengambil kira maklumbalas pihak berkepentingan yang berkaitan, adalah menjadi tanggungjawab BKKM, KKM untuk mengadakan seranta awam atas talian ini.

Sehubungan itu, sukacita BKKM, KKM menjemput semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil bahagian dalam proses seranta awam ini dan mengemukakan pandangan serta maklumbalas menggunakan Lampiran I yang disertakan.

Terima kasih.

PENGARAH KANAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

Semua maklum balas hendaklah dikemukakan ke alamat di bawah melalui surat bertulis secara rasmi / faks / emel sebelum 23 September 2017.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan 

Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 4, Menara Prisma

No 26, Jalan Persiaran Perdana Presint 3

62675 Putrajaya, MALAYSIA

Tel       : +603-8885 0797  Faks   : +603-8885 0790

E-mel  : perundanganbkkm@moh.gov.my

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Dr Chin Cheow Keat (+603- 8885 0797 atau chin@moh.gov.my )

Puan Maria Afiza Omar (+603- 8885 0797 atau maria.afiza@moh.gov.my)

Cik Norshafawati Rosli (+603- 8885 0797 atau norshafawati@moh.gov.my)


Muat turun (pdf)- Draf Pindaan (English) I Lampiran 1

 

Modified: August 29, 2017 at 4:34 am

Tags: