Lain-Lain Bahasa Soalan Lazim Borang Kepuasan Pelanggan

Prosedur Terbaru Semakan Label Air Minuman Berbungkus dan Air Mineral Semulajadi- Berkuatkuasa 1 Oktober 2017 

Seperti mana pihak tuan/puan sedia maklum, pemegang lesen air minuman berbungkus (AMB) dan air mineral semulajadi (AMS) adalah bertanggungjawab dalam memastikan label produk AMB dan AMS mematuhi keperluan perundangan dalam aspek pelabelan seperti yang ditetapkan.

Bagi tujuan tersebut, terdapat dua (2) jenis kelulusan label AMB dan AMS iaitu:

  • Kelulusan ke atas label yang dimohon semasa permohonan lesen AMB/AMS.
  • Kelulusan ke atas penambahan label jenama baru atau perubahan label yang dimohon selepas mendapat kelulusan lesen AMB/AMS.

Sehubungan itu, selaras dengan perkembangan industri AMB/AMS, prosedur semakan label bagi produk AMB/AMS yang dijual di Malaysia akan dipinda berkuatkuasa pada 1 Oktober 2017.

Sila muat turun dokumen berikut untuk perincian dan maklumat lanjut (pdf);

 

Modified: September 26, 2017 at 6:20 am

Tags: