Pensampelan makanan di pelbagai tempat di mana makanan disimpan dijalankan oleh Pegawai-Pegawai, Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan bagi memastikan makanan yang disediakan ataupun dijual di Malaysia adalah selamat dan mematuhi kehendak Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Tindakan mahkamah boleh diambil kepada pihak yang terlibat sekiranya makanan berkenaan didapati gagal mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. |