Aktiviti FoSIM
 

Proses pengimportan makanan menjadi lebih cepat dan efisien dengan menggunakan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM) di mana sistem ini berantara muka dengan Sistem Maklumat Kastam (SMK). Pegawai-pegawai KKM dapat memeriksa makanan yang diimport secara online dan akan menentukan tahap pemeriksaan ke atas produk tersebut sama ada pemeriksaan yang longgar ataupun yang lebih ketat diambil. Manakala para ejen/pengimport* makanan dapat mengetahui status kelulusan pengimportan makanan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dengan hanya memeriksa status berkenaan melalui sistem ini secara online.

*  Ejen/Pengimport makanan perlu berdaftar dengan Sistem FoSIM sebelum boleh menggunakan sistem ini.

 

FoSIM2_thumbnails FoSIM3_thumbnail FoSIM4_thumbnail